Thursday, August 09, 2007

Penghijrahan Antarabangsa

penghijrahan antarabangsa juga memainkan peranan penting dalam pertumbuhan penduduk di negara-negara membangun.Pada 2000-2005, penghijrahan bersih 28 negara sama ada menghalang penurunan penduduk atau menggandakan sekurang-kurangnya sumbangan kenaikkan semulajadi (kelahiran tolak kematian) kepada pertumbuhan penduduk.Negara-negara ini termasuk :-

  • Austria

  • Kanada

  • Kroatia

  • Denmark

  • Jerman

  • Itali

  • Portugal

  • Qatar

  • Singapura

  • Sepanyol

  • Sweden

  • Emirah Arab Bersatu

  • United Kingdom


Selepas tahun 2000, Asia dijangka menjadi pusat lebih dari separuh dari penghijrah meninggalkan rantau-rantau yang kurang membangun, Amerika Latin dan Caribbean dengan 25 ke 30 peratus dari mereka, dan selebihnya Afrika.



Dari segi purata tahunan, penerima utama penghijrah antarabangsa dijangka adalah :-




  • Amerika Syarikat (133,000)

  • Itali (120,000)

  • Australia (100,000)


Negara-negara asal utama penghijrah dijangka adalah dari :-




  • China (kurang 333,000 setiap tahun)

  • Mexico (kurang 304,000)

  • India (kurang 245,000)

  • Filipina (kurang 180,000)

  • Pakistan (kurang 173,000)

  • Indonesia (kurang 168,000)


Walau bagaimanapun, laporan tersebut memberi amaran yang penghijrahan antarabangsa adalah komponen yang paling sukar untuk pertukaran populasi ditakrif, diukur dan dianggar dengan pasti.Oleh itu, kualiti dan kuantiti data yang digunakan dalam jangkaan dan unjuran penghijaran berbeza dari sesebuah negara.

No comments: