Tuesday, August 21, 2007

Sekali Imbas gambar banjir di Kg Sri makmor, Tangkak Johor


kawasan ini adalah laluan yang sering dilalaui oleh penduduk kampung dan pelajar-pelajar sekolah





Kawasan pertanian turut musnah akibat daripada banjir


Ini adalah gambar di hadapan sekolah yang telah dilanda banjir


rumah yang ditenggelami air dan rakit digunakan oleh penduduk kampung untuk melihat rumah mereka yang musnah teruk akibat banjir




Kajian Lapangan Di Kota Tinggi, Johor


Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor. Bandar Kota Tinggi terletak di muara Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 40 km dari bandaraya JohorBahru. Keluasan daerah Kota Tinggi ialah 3488.7 kilometer persegi. Aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah perladangan seperti kelapa sawit dan pertanian di samping terdapat kegiatan lain seperti perikanan yang terdapat di pesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili. Aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan. Daerah Kota Tinggi terdiri daripada kawasan bandar, perkampungan melayu tradisional serta kawasan rancangan tanah Felda. Terdapat juga petempatan orang Asli di daerah ini.


Pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, Kota Tinggi telah dilanda banjir paling besar dalam sejarahnya. Banjir gelombang pertama pada 19 Disember telah menenggelamkan hampir keseluruhan bandar Kota Tinggi termasuklah bank, kedai-kedai dan kompleks membeli-belah. Namun banjir gelombang kedua bermula dari 11 Januari 2007 lebih dahsyat kerana menenggelamkan tempat yang tidak ditenggelamkan sebelumnya sehingga hampir menerjah masuk ke Hospital Daerah Kota Tinggi (HDKT).


Hampir 12,000 orang dipindahkan ke Pusat-pusat pemindahan termasuk sekolah yang terpaksa dibuka dua kali kerana banjir telah melanda sebanyak dua kali. Pusat-pusat pemindahan juga ada yang turut dinaiki air menyebabkan mangsa-mangsa terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan lain. Banjir pada kali ini telah mencatatkan sejarahnya kerana air Sungai Johor telah naik sehingga 5.45 meter berbanding rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sebelum ini iaitu 4.9 meter.

Kesan Banjir Ke Atas Institusi Pendidikan


Kanak-kanak adalah antara mereka yang mendapat kesan secara langsung disebabkan oleh banjir, di mana sekolah-sekolah terpaksa ditutup dan pelajar-pelajar tidak dapat ke sekolah. Kebanyakan bangunan-bangunan sekolah yang masih boleh digunakan kini telah ditukar menjadi pusat-pusat bantuan. Sesetengah sekolah turut dilanda banjir, namun musim persekolahan 2007 akan berjalan seperti biasa dan kerajaan Malaysia akan mendermakan uniform sekolah kepada mereka yang terlibat. Sejauh manakah banjir ini mempengaruhi dalam sistem pengajaran dan pembelajaran pelajar?

Saturday, August 18, 2007

Banjir di Malaysia yang disebabkan oleh hujan yang amat lebat telah menyebabkan beribu-ribu orang mangsa terpaksa dipindahkan ke tempat-tempat yang lebih selamat, di mana kebanyakan daripada mereka terdiri daripada kanak-kanak.
Sebanyak 375 buah pusat-pusat bantuan yang dikendalikan oleh Kerajaan telah memberi perlindungan kepada lebih daripada 115,000 orang mangsa-mangsa daripada negeri Johor, Pahang dan Sabah.



Kanak-kanak adalah antara mereka yang mendapat kesan secara langsung disebabkan oleh banjir, di mana sekolah-sekolah terpaksa ditutup dan pelajar-pelajar tidak dapat ke sekolah. Kebanyakan bangunan-bangunan sekolah yang masih boleh digunakan kini telah ditukar menjadi pusat-pusat bantuan.

Thursday, August 09, 2007

Penghijrahan Antarabangsa

penghijrahan antarabangsa juga memainkan peranan penting dalam pertumbuhan penduduk di negara-negara membangun.Pada 2000-2005, penghijrahan bersih 28 negara sama ada menghalang penurunan penduduk atau menggandakan sekurang-kurangnya sumbangan kenaikkan semulajadi (kelahiran tolak kematian) kepada pertumbuhan penduduk.Negara-negara ini termasuk :-

  • Austria

  • Kanada

  • Kroatia

  • Denmark

  • Jerman

  • Itali

  • Portugal

  • Qatar

  • Singapura

  • Sepanyol

  • Sweden

  • Emirah Arab Bersatu

  • United Kingdom


Selepas tahun 2000, Asia dijangka menjadi pusat lebih dari separuh dari penghijrah meninggalkan rantau-rantau yang kurang membangun, Amerika Latin dan Caribbean dengan 25 ke 30 peratus dari mereka, dan selebihnya Afrika.



Dari segi purata tahunan, penerima utama penghijrah antarabangsa dijangka adalah :-




  • Amerika Syarikat (133,000)

  • Itali (120,000)

  • Australia (100,000)


Negara-negara asal utama penghijrah dijangka adalah dari :-




  • China (kurang 333,000 setiap tahun)

  • Mexico (kurang 304,000)

  • India (kurang 245,000)

  • Filipina (kurang 180,000)

  • Pakistan (kurang 173,000)

  • Indonesia (kurang 168,000)


Walau bagaimanapun, laporan tersebut memberi amaran yang penghijrahan antarabangsa adalah komponen yang paling sukar untuk pertukaran populasi ditakrif, diukur dan dianggar dengan pasti.Oleh itu, kualiti dan kuantiti data yang digunakan dalam jangkaan dan unjuran penghijaran berbeza dari sesebuah negara.

Kadar Pertumbuhan Penduduk






Menurut laporan UN, penduduk dunia akan meningkat dari 2.6 bilion dalam 45 tahun akan datang daripada 6.5 bilion hari ini kepada 9.1 bilion pada 2050. Dari 2005-2050, sembilan negara dijangka merangkumi unjuran pertambahan penduduk dari setengah jumlah penduduk dunia iaitu:-

  • India
  • Pakistan

  • Nigeria

  • Republik Demokratik Congo

  • Bangladesh

  • Uganda

  • Amerika Syarikat

  • Ethiopia

  • China

Pertumbuhan penduduk yang sangat pesat dijangka berlaku di beberapa negara sedang membangun, dengan majoritinya dari negara-negara kurang membangun, termiskin di kalangan yang miskin.


Di antara 2005 dan 2050, penduduk diunjurkan akan meningkat tiga kali ganda di :-


  • Afghanistan

  • Burkina Faso

  • Burundi

  • Congo

  • Republik Demokratik Congo

  • Timor-Leste

  • Guinea-Bissau

  • Liberia

  • Mali

  • Nigeria

  • Uganda

Jumlah penduduk di 51 negara, dijangka lebih rendah pada 2050 daripada 2005 termasuk :-

  • Jerman

  • Itali

  • Jepun

  • negara-negara bekas Kesatuan Soviet

Pertumbuhan Penduduk

Arah aliran pertumbuhan penduduk di beberapa negeri dalam tempoh RMKe-8 dijangka tidak akan mengalami perubahan yang ketara. Empat buah negeri dijangka mencatatkan kadar pertumbuhan yang lebih tinggi daripada kadar purata negara 2.3% setahun.
Selangor dijangka mencatatkan kadar pertumbuhan penduduk yang tertinggi iaitu 4.0% setahun. Kadar pertumbuhan penduduk di Perak, Perlis dan Kelantan dijangka bertambah dengan kadar sederhana, iaitu kurang daripada 1.0% setahun berikutan daripada kadar pertambahan semulajadi yang rendah serta migrasi keluar yang tinggi.

Kadar pembandaran dijangka bertambah kepada 66.9% menjelang akhir tempoh RMKe-8. Jumlah penduduk bandar dijangka bertambah pada kadar yang lebih rendah iaitu 3.8% setahun dalam tempoh Rancangan. Negeri yang lebih maju dijangka menarik lebih ramai penduduk ke pusat bandar disebabkan kepesatan aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan yang lebih banyak dan kualiti hidup yang lebih baik.
Di kalangan negeri lebih maju, Selangor dijangka mencatatkan kadar pertumbuhan penduduk bandar tertinggi iaitu 5.0% diikuti dengan Johor 3.8% setahun. Kadar pertumbuhan penduduk bandar bagi tiga buah negeri kurang maju dijangka lebih tinggi sedikit daripada kadar purata negara. Sabah dijangka mencatat kadar pertumbuhan 4.9% setahun diikuti oleh Sarawak 4.8% dan Kedah 3.9%.