Friday, September 21, 2007

Keadaan Kampung Kelantan Di Kota Tinggi Johor Selepas Berlakunya Banjir

















Bayangkanlah bertapa tingginya aras banjir yang telah menenggelamkan sebahagian besar kawasan di Kota Tinggi, Johor.
















Pelbagai langkah dilakukan untuk mengatasi banjir antaranya dengan mendalamkan sungai dan memperbesarkan longkang.
















Walaupun sudah setahun berlalu penduduk di kawasan tersebut masih lagi sibuk membersihkan rumah dan ada juga yang telah membina rumah baru kerana rumah lama mereka telah musnah.















Sekolah tadika dan masjid ini telah dibersihkan dan dibaik pulih








Hanya tinggal kawasan lapang dan sisa-sisa bangunan rumah yang musnah akibat daripada banjir dan pemilik asal rumah ini telah tinggalkan kawasan tersebut kerana trauma dengan apa yang berlaku.

Apa Kata Responden..

RESPONDEN 1


Kamariah (bukan nama sebenar), berumur dalam lingkungan 40 tahun, Beliau mempunyai pendapatan lebih kurang RM 600.00 sebulan. Bilangan isi rumah beliau adalah seramai 6 orang dan 2 orang daripadanya bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar. Beliau menyatakan kejadian banjir yang telah berlaku penghujung tahun 2006 menyebabkan anak-anak beliau takut dan sedih selepas kejadian tersebut. Anak-anak beliau sedikit trauma selepas kejadian itu, beliau menyatakan lagi sesi persekolahan anak-anak beliau dibuka agak lewat daripada tarikh yang ditetapkan. Anak-anak beliau pergi ke sekolah dengan pakaian yang agak tidak terurus dan kelengkapan peralatan sekolah yang tidak mencukupi. Disebabkan situasi tersebut, anak-anak beliau tidak suka ke sekolah dan prestasi pelajaran mereka menurun berbanding sebelum ini. Beliau juga mengatakan sistem pembelajaran dan pengajaran terganggu disebabkan guru tidak masuk ke kelas kerana kelengkapan pengajaran tidak mencukupi dan rosak, contohnya kapur tulis dan papan hitam. Dengan ini ia memberi kesan kepada prestasi pembelajaran anak-anak dan berlakunya masalah pelajar tidak datang ke sekolah. Sesetengah daripada mereka ponteng kelas dan pulang awal ke rumah. Akibat daripada banjir besar pada Disember 2006, tersebut menyebabkan pembelajaran anak-anak beliau sedikit terganggu. Apabila hujan turun, anak-anak beliau tidak dapat belajar atau mengulangkaji pelajaran di rumah kerana takut situasi berkenaan berulang kembali.





RESPONDEN 2



Kamil (bukan nama sebenar) berusia 35 tahun, telah menetap di Kota Tinggi selama 11 tahun. Beliau berpendidikan sekolah menengah dan bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat swasta. Beliau memperolehi pendapatan sebanyak RM 1100 sebulan sebagai pemandu. Beliau telah berkahwin dengan Salmi. Hasil perkahwinan dengan Salmi beliau memperolehi tiga orang anak, dua daripada anaknya telah bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar.dan seorang lagi masih kecil. Menurut Kamil, sesi persekolahan anak-anak bermula lewat daripada tarikh yang ditetapkan akibat berlakunya bencana banjir. Akibat daripada bencana banjir tersebut pelbagai peralatan dan kemudahan untuk pengajaran dan pembelajaran rosak dan musnah. Antaranya, kerusi dan meja, bilik darjah dan bilik guru, makmal, perpustakaan, kantin, tandas, landskap sekolah, buku teks dan dokumen-dokumen dan lain-lain lagi.

Apabila ditanya perasaan beliau selepas banjir. beliau terasa amat takut dan sedih atas kejadian tersebut terutama anak-anaknya.yang masih dilanda trauma. Namun, beliau bersyukur kerana mendapat banyak bantuan daripada pihak kerajaan, NGO dan swasta terutama sekali bantuan kepada anak-anak beliau yang masih bersekolah. Beliau telah menerima bantuan dari segi kewangan, pakaian, makanan, buku teks dan alat tulis untuk anak-anak dan lain-lain. Seterusnya, kehadiran dan prestasi anak-anaknya ke sekolah amat memuaskan walaupun keadaan fizikal sekolah tidak seperti dahulu. Begitu juga sistem pembelajaran dan pengajaran lambat bermula walaupun sesi persekolahan telah bermula tetapi lama kelamaan masalah tersebut dapat diatasi dan berjalan seperti sedia biasa.

Sejauh Manakah Banjir Memberi Kesan Ke Atas Pendidikan


Pelajar adalah antara mereka yang mendapat kesan secara lagsung disebabkan oleh banjir, dimana sekolah-sekolah terpaksa ditutup dan pelajar-pelajar tidak dapat ke sekolah. Kebanyakan bangunan-bangunan sekolah yang masih digunakan kini telah ditukar menjadi pusat-pusat pemindahan banjir. Antara pusat-pusat pemindahan tersebut ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar, Sekolah Menengah Laksamana, Sekolah Menengah Tun Habab dan lain-lain. Banjir pada kali ini telah mencatatkan sejarahnya di mana air sungai Johor telah naik sehingga 5.45 meter berbanding rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sebelum ini iaitu 4.9 meter. Antara kampung yang paling teruk dilanda banjir ialah Kampung Kelantan, Kampung Tembioh dan Taman Kemang.

Banjir Di Kota Tinggi Johor....


Pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, Kota Tinggi telah dilanda banjir paling besar di dalam sejarahnya. Banjir gelombang pertama pada 19 Disember 2006 telah menenggelamkan hampir keseluruhan Bandar Kota Tinggi termasuk Bank, kedai-kedai, sekolah dan Kompleks beli belah. Namun banjir gelombang kedua, bermula dari 11 Januari 2007 lebih dahsyat kerana menenggelamkan tempat yang tidak ditenggelamkan sebelum ini sehingga hampir menerjah masuk ke hospital daerah Kota Tinggi(HDKT). Hampir 12,000 orang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan yang terpaksa dibuka sebanyak 2 kali.