kawasan ini adalah laluan yang sering dilalaui oleh penduduk kampung dan pelajar-pelajar sekolah
Tuesday, August 21, 2007
Kajian Lapangan Di Kota Tinggi, Johor
Kesan Banjir Ke Atas Institusi Pendidikan
Saturday, August 18, 2007
Sebanyak 375 buah pusat-pusat bantuan yang dikendalikan oleh Kerajaan telah memberi perlindungan kepada lebih daripada 115,000 orang mangsa-mangsa daripada negeri Johor, Pahang dan Sabah.
Kanak-kanak adalah antara mereka yang mendapat kesan secara langsung disebabkan oleh banjir, di mana sekolah-sekolah terpaksa ditutup dan pelajar-pelajar tidak dapat ke sekolah. Kebanyakan bangunan-bangunan sekolah yang masih boleh digunakan kini telah ditukar menjadi pusat-pusat bantuan.
Thursday, August 09, 2007
Penghijrahan Antarabangsa
- Austria
- Kanada
- Kroatia
- Denmark
- Jerman
- Itali
- Portugal
- Qatar
- Singapura
- Sepanyol
- Sweden
- Emirah Arab Bersatu
- United Kingdom
Selepas tahun 2000, Asia dijangka menjadi pusat lebih dari separuh dari penghijrah meninggalkan rantau-rantau yang kurang membangun, Amerika Latin dan Caribbean dengan 25 ke 30 peratus dari mereka, dan selebihnya Afrika.
Dari segi purata tahunan, penerima utama penghijrah antarabangsa dijangka adalah :-
- Amerika Syarikat (133,000)
- Itali (120,000)
- Australia (100,000)
Negara-negara asal utama penghijrah dijangka adalah dari :-
- China (kurang 333,000 setiap tahun)
- Mexico (kurang 304,000)
- India (kurang 245,000)
- Filipina (kurang 180,000)
- Pakistan (kurang 173,000)
- Indonesia (kurang 168,000)
Walau bagaimanapun, laporan tersebut memberi amaran yang penghijrahan antarabangsa adalah komponen yang paling sukar untuk pertukaran populasi ditakrif, diukur dan dianggar dengan pasti.Oleh itu, kualiti dan kuantiti data yang digunakan dalam jangkaan dan unjuran penghijaran berbeza dari sesebuah negara.
Kadar Pertumbuhan Penduduk
- India
- Pakistan
- Nigeria
- Republik Demokratik Congo
- Bangladesh
- Uganda
- Amerika Syarikat
- Ethiopia
- China
Pertumbuhan penduduk yang sangat pesat dijangka berlaku di beberapa negara sedang membangun, dengan majoritinya dari negara-negara kurang membangun, termiskin di kalangan yang miskin.
Di antara 2005 dan 2050, penduduk diunjurkan akan meningkat tiga kali ganda di :-
- Afghanistan
- Burkina Faso
- Burundi
- Congo
- Republik Demokratik Congo
- Timor-Leste
- Guinea-Bissau
- Liberia
- Mali
- Nigeria
- Uganda
Jumlah penduduk di 51 negara, dijangka lebih rendah pada 2050 daripada 2005 termasuk :-
- Jerman
- Itali
- Jepun
- negara-negara bekas Kesatuan Soviet
Pertumbuhan Penduduk
Kadar pembandaran dijangka bertambah kepada 66.9% menjelang akhir tempoh RMKe-8. Jumlah penduduk bandar dijangka bertambah pada kadar yang lebih rendah iaitu 3.8% setahun dalam tempoh Rancangan. Negeri yang lebih maju dijangka menarik lebih ramai penduduk ke pusat bandar disebabkan kepesatan aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan yang lebih banyak dan kualiti hidup yang lebih baik.